Wednesday, March 11, 2009

Berapa detik lagi hayat mu..?

Berapa detik lagi hayat mu..?

Tawakkal itu ada 4 :
1. Tawakkal sesama makhluk : cth "selama si folan itu ada maka saya tak akan susah"
2.Tawakkal kpd harta: " selama harta aku masih banyak, maka tak ada sesuatupun akan membahayakan".
3. Tawakkal kpd diri sendiri "selama aku masih sihat maka tidak ada sesuatupun kekurangan bagiku.
4. Tawakkal kpd Allah "tidak pedula saya org miskin & kaya, maka saya mempunyai Allah yang akan menjamin saya menurut kehendakNya.
Maka sesungguhnya tawakkal 1, 2 & 3 merupakan Tawakkal org2 bodoh. Petikan dari kitab Durratun Nasihin.. Semaklah diri kita kategori Tawakkal yang ada pada diri kita..

Tuesday, March 10, 2009

surv.. surv.. surv.. dm....hm... quest

Ringkas dan cergas....
kerja ibadah pengabdian kepada Allah
dapat siap hari ini
beroleh keberkatan dari Nya....

Alangkah indah nya hidup ini... andai dapat ku tatap wajah mu...kan pasti mengalir air mataku... kerana pancaran ketenanganmu..ya rasulullah ya habiballah.. terima kami sebagai ummah mu...Allahumma salli ala muhammad ya rabbi salli alaihi wasallim.."Sesungguhnya Rasulullah diutus untuk membawa rahmat sekelian alam...."

SYAIR BUAT IBU

Syair Buat Bonda
Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Ku rangkapkan syair rindu buat mu laluku jadikan sebuah laguUntukku dendangkan buatmu ibu Tanda kasih ku tetap satu
Semerdunya buluh perindu Tidak semurdu suara kasihmu Yang pernah dulu mendodoikan daku dalam dakapan fitrahmu
Pernah dulu kau bermadah .. Berpeganglah pada tali ALLAH jalan yang gelap pasti tersuluhSegala yang susah kan jadi mudah
Bila iman menerangi jiwa Akan tertutup lah lubang dosaBerwaspadalah jangan alpa Sesungguhnya syaitan menanti mangsa Pagarilah hatimu dengan ketakwaan sinarilah ia dengan Keimanan apa yang baik jadikan amalan moga engkau dicintai TUHAN
Berkat usaha mu yang tulus murni Kini tertanam iman yang suci disanubariku berbunga wangi bakal menghiasi taman yang abadi

Allahumma taqabbal doa'

Solat maghrib..
aku perlu tingkatkan khusyuk solaTKU...
Mohon dariMu Ya Allah bimbing diriku ini

Dring2

Suami ku pun dah telepon juga... just to make sure I know that he is going for his badminton game...
subhanallah... May Allah always see us with His rahmat...

Dringgg...

Dah ... anak aku yang comel...Amirah solehah dah telepon lagi tu.. tepat jam 4.05 mesti di singgahnya public fon...hmmm...ummi .. bila nak balik ni... adik tunggu ummi...........

zzuup.. bergegas aku ambil wudhu' nak ready solat asar.. lebih menguntungkan sebab terselamat dan solat awal ..jalan traffic jam...

Dapatlah aku balik dan terus tawaf 'brisk walk' di kawasan rumahku...

Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan esok menjelang yang lebih baik lagi dari hari ini dan selanjutnya...InsyaAllah...

Allahumma salli alaa muhammad ya rabbi salli alaihi wa sallim...

Semuga kerjaku yang aku jadikan sebagai ibadah dalam pengabdian ku kepada Allah dan dapat ku siapkan hari ini beroleh keberkatan dari Nya....
Alangkah indah nya hidup ini... andai dapat ku tatap wajah mu...
kan pasti mengalir air mataku... kerana pancaran ketenanganmu..
ya rasulullah ya habiballah.. terima daku sebagai ummah mu...
Allahumma salli ala muhammad ya rabbi salli alaihi wasallim..

"Sesungguhnya Rasulullah diutus untuk membawa rahmat sekelian alam...."

Firman Allah swt. " Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. " AnNisaa': 34

Jika kamu merasa disakiti...

Pastinya jika kamu disakiti... boleh disembuhkan hanya olehNya yang maha Esa... lagi maha menyembuhkan.
Mohonkan keampunan atas segala dosa-dosa mu yang telah kau lakukan..
Mohonkan perlindungan dari Nya dari segala kejahatan, keaiban dan azab api neraka... nescaya ia Maha memberi perlindungan dan pembelaan.
Berilah kemaafan pada kesakitan dan si penyebab sakit... mudah-mudahan ia menjadi penawar yang sangat mujarrab berserta kemaafan dan keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa mu yang terlalu banyak....... Ya Allah... Ya ghafuur... ya samii'

suatu peringatan buat diriku..

dunia....habuan yang ...hindari kekeliruan dari daki dunia

Allah maha bijaksana.. jadikan dunia ini hanya untuk sementara... tiada nikmat yang kekal di dunia ini...
hidup.. sebagai ibadah... memohon rezki kemurahan Allah swt.. mengais dan untuk membolehkan penglihatan Allah dalam kita menadah.. rahmatNya yang Maha Esa..
"..Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian, bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal .. " Al A' laa: ayat 16-17

Monday, March 9, 2009

liqaa' bersama anak-anak

Ya Allah ... tiada yang lebih bahagia punyai anak yang ramai hmm..bila tengok depa.. dapat dikucup tangan oleh mereka lepas doa sudah solat jemaah.. dapat kucup muka .. hidung.. mata .. pipi anak-anak...hmm.. bau hangit .. bau lepas main skateboard dan segala macam bau lagi.. puas... walaupun hanya seketika.. waktu cuti hujung minggu or..
Masa aku di Mekah suatu yang terlalu nostalgia ialah semasa menerima panggilan telefon berita dari memaklumkan permohonan anak aku masuk ke Maahad Tahfiz di terima. Allahu akbar..Sesungguhnya Allah maha memakbulkan segala doa dan harapan.. banyak lagi perkara-perkara yang sangat mengharukan... dan satu lagi yang sangat menghibakan harapan aku juga aku nak share ialah bila aku berjaya panjat Jabal Nuur sampai ke Puncak... subhanallah..

satu permulaan

Muqaddimah
Aku dan hidupku.. baru nak blajar buat blog..
Mula-mula terjumpa gambar aku kat blog anak aku
Ya Allah, seronoknya tak tercerita.
Aku dahlah tak pandai buat blog..
Alhamdulillah... dengan bimbingan dan tunjuk ajar ikhlas dari tutor aku (anak dara aku yang sulong tu lah) dapatlah aku mulakan blog aku ni...
Mula-mula aku hampir terpana sebab syok tengok gambar-gambar aku balik haji hari tu
Bila tengok balik, aku macam rindu pulak nak pergi Mekah lagi...
Ini aku dah tiba di Jabal Nuur..

Tutorial 1:
Q:Tahu tak apa paling penting dlm hidup?
A: Bersedia untuk di panggil kepada Allah bila-bila masa dalam redhaNya.