Tuesday, March 10, 2009

Allahumma salli alaa muhammad ya rabbi salli alaihi wa sallim...

Semuga kerjaku yang aku jadikan sebagai ibadah dalam pengabdian ku kepada Allah dan dapat ku siapkan hari ini beroleh keberkatan dari Nya....
Alangkah indah nya hidup ini... andai dapat ku tatap wajah mu...
kan pasti mengalir air mataku... kerana pancaran ketenanganmu..
ya rasulullah ya habiballah.. terima daku sebagai ummah mu...
Allahumma salli ala muhammad ya rabbi salli alaihi wasallim..

"Sesungguhnya Rasulullah diutus untuk membawa rahmat sekelian alam...."

Firman Allah swt. " Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. " AnNisaa': 34

No comments:

Post a Comment